Kualiti udara di Singapura memasuki tahap "Tidak Sihat" dengan bacaan Pollutant Standard Index (PSI) 24-jam mencecah 106 di bahagian barat Pulau Kota Raya ini pada Sabtu.
Pada catatan 5 petang, Agensi Alam Sekitar Nasional (NEA) berkata bacaan itu adalah antara 87 dan 106 dengan catatan terendah di bahagian timur republik ini.
Pada bacaan 101 dan 200, PSI 24-jam berada pada tahap "Tidak Sihat".
"Bila berlaku PSI di tahap Tidak Sihat, mengurangkan aktiviti luar dan gerakan fizikal yang berat boleh membantu mengurangkan gangguan penyakit dari pendedahan jerebu," nasihat NEA.
NEA menyatakan ia memantau keadaan secara dekat dan akan menyampaikan maklumat terkini bila perlu.
Menurut agensi itu, angin utama yang bertiup dari selatan dan barat daya akan meningkatkan keadaan jerebu di Singapura.
Agensi itu berkata cuaca terus kering di kebanyakan bahagian rantau ini termasuk Sumatra dan Kalimantan.
NEA berkata, sejumlah 156 tompok panas dikesan di Sumatra, kebanyakannya di bahagian tengah dan selatan pulau itu pada Jumaat.
Jerebu sederhana dan tebal terus berlaku dari tompok panas di sana dan keadaan berjerebu terus berlaku di Singapura dan beberapa bahagian Semenanjung Malaysia, katanya.
Di Kalimantan, sejumlah 1,043 tompok panas dikesan semalam. Jerebu yang tersebar meluas terus muncul di banyak kawasan di Kalimantan, dan sebahagian jerebu ditiup angin utama ke bahagian barat Sarawak dan kawasan laut sekitarnya.
Untuk beberapa hari akan datang, hujan sekejap-sekejap diramalkan di Singapura tetapi cuaca di Sumatra dan Kalimantan diramalkan kering pada umumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 14 2019
Pada catatan 5 petang, Agensi Alam Sekitar Nasional (NEA) berkata bacaan itu adalah antara 87 dan 106 dengan catatan terendah di bahagian timur republik ini. - Gambar fail/EPA
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Elak bergantung pada sumber lain, kukuhkan literasi kewangan
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial, Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr Norma Mansor, pendidikan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat juga perlu ditingkatkan agar rakyat Malaysia lebih peka terhadap keperluan merancang kewangan mereka.
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Jerebu: Bahagian barat Singapura masuk peringkat 'tidak sihat'
Kualiti udara di Singapura memasuki tahap 'Tidak Sihat' dengan bacaan Pollutant Standard Index (PSI) 24-jam mencecah 106 di bahagian barat Pulau Kota Raya ini pada Sabtu.
Keadaan sedikit berjerebu di Singapura
Setakat jam 5 petang Ahad, indeks standard pencemaran (PSI) 24-jam dicatatkan dari 78 hingga 89, dalam julat sederhana.