JERMAN dan Rusia berang dengan sekatan dikenakan Amerika Syarikat (AS) terhadap projek paip gas antara dua negara itu.

Jerman menyifatkan tindakan itu sebagai campur tangan terhadap urusan dalaman negaranya.

Rusia dan Kesatuan Eropah (EU) juga turut mengkritik sekatan Amerika itu.

Sekatan disasarkan ke atas firma yang bertanggungjawab membina saluran paip gas bawah tanah itu.

Projek tersebut dilaksanakan bagi membolehkan Rusia meningkatkan eksport gasnya ke Jerman.

Namun, bagi Amerika, ia dianggap sebagai satu risiko keselamatan.