Sebuah Jet pejuang F15 milik tentera Amerika Syarikat (AS) terhempas di perairan pulau selatan Jepun di Okinawa, berhampiran pangkalan tentera udara AS di negara itu, hari ini.

Insiden malang itu berlaku ketika misi latihan rutin, kata Angkatan AS Jepun dalam satu kenyataan.

Juruterbang yang bersendirian di dalam pesawat berkenaan, berjaya melenting keluar dan ditemui kru mencari dan menyelamat, kata kenyataan itu.

Satu lembaga siasatan dianggotai pegawai akan ditubuhkan bagi menyiasat kejadian berkenaan, katanya.

Kebanyakan penduduk Okinawa mengaitkan pangkalan tentera AS dengan jenayah, kemalangan dan pencemaran dan mahu mereka berpindah dari pulau itu. - Reuters