Sebuah jet tentera udara Kanada dilapor terhempas sebentar tadi sejurus berlepas dari lapangan terbang di Kamloops.

Jet tersebut merupakan pesawat yang digunakan untuk persembahan oleh pasukan yang dikenali sebagai Snowbirds.

Media tempatan Canadian Broadcasting Corp dalam laporannya berkata kejadian berlaku kira-kira 320 km di barat laut Vancouver.

Juruterbang berkenaan dipercayai sempat melenting keluar dari pesawat namun nasibnya tidak diketahui setakat ini.