Presiden Barack Obama membuat kejutan kepada Naib Presiden Joe Biden apabila menganugerahkan kebesaran tertinggi iatu Pingat Kebebasan Presiden dalam sebuah majlis di White House.

Penganugerahan pingat itu sebagai tanda penghargaan kepada Biden atas jasa yang diberikan selama lapan tahun bertugas.

Menurut Obama, ia merupakan anugerah terakhir seumpamanya yang diberikan sebelum penggal pentadbirannya tamat 20 Januari ini.

"Buat pertama kali, dan hanya kali ini sepanjang saya menjadi Presiden, saya menganugerahkan pingat ini dengan penuh penghormatan setaraf Pope John Paul II, Presiden Ronald Reagan dan Jeneral Colin Powell.

“Tuan-tuan dan puan-puan, dengan bangganya saya menganugerahkan Pingat Kebebasan Presiden kepada Joseph Robinette Biden Jr.,” ujar Obama.

Ia merupakan kali pertama pingat seumpama itu dianugerahkan sejak beliau memegang jawatan presiden.

Majlis yang diadakan di White House itu menjadi emosi apabila Biden yang tidak tahu menahu tentang majlis tersebut sebak apabila Obama mengumuman bahawa beliau akan diberi anugerah awam tertinggi Amerika Syarikat.