Tutup

Berita  | Dunia

John dan Charlotte Henderson, pasangan suami isteri paling tua di dunia

John dan Charlotte Henderson, pasangan suami isteri paling tua di dunia
John dan Charlotte Henderson, pasangan suami isteri paling tua di dunia menurut Guiness World Records.
TEXAS: Dengan gabungan usia 211 tahun, sepasang suami isteri di Austin, Texas, Amerika Syarikat dinobat sebagai pasangan tertua di dunia, menurut Guiness World Records.

John Henderson berusia 106 tahun manakala isterinya, Charlotte pula 105 dan mereka bakal menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-80 pada 15 Disember depan, lapor CNN.

John dan Charlotte bertemu buat pertama kalinya di Universiti Texas pasa tahun 1934.

Pada waktu itu, Charlotte sedang mengikuti pengajian untuk menjadi seorang guru manakala John merupakan penjaga pasukan bolasepak Amerika universiti sama.
Mereka kemudiannya berkahwin pada tahun 1939 semasa dunia dilanda kemerosotan ekonomi paling teruk dalam sejarah dunia perindustrian dan hanya berbelanja $7 (RM28) untuk sebuah bilik hotel semasa berbulan madu.

Lebih menarik lagi apabila John merupakan bekas pemain bolasepak Amerika pasukan UT yang tertua.
Disebabkan itu, sejak 84 tahun lalu, John akan menghadiri sekurang-kurangnya sebuah perlawanan bolasepak Amerika Longhorn setiap tahun.

Pasangan itu masih memiliki tahap kesihatan yang baik manakala John akan bersenam setiap hari.

10 tahun lalu, pasangan itu berpindah ke Longhorn Village, sebuah kawasan yang menempatkan komuniti alumni dari Universiti of Texas.

Ditanya apakah rahsia kebahagiaan rumah tangga dan usia yang panjang, John berkata:

“Hiduplah dalam kesederhanaan dan jadikan pasangan anda sebagai sahabat,” katanya.


Tag: Amerika Syarikat, perkahwinan, Guiness World Records, pasangan tertua, suami isteri



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.