Senator Amerika Syarikat, John McCain yang meninggal dunia akibat kanser bakal dikebumikan bersebelahan rakan karibnya, mendiang Chuck Larson.

Larson merupakan rakan sejak dari bangku sekolah sehingga mereka menuntut bersama di Akademi Tentera Laut Amerika Syarikat.

Ini sesuatu yang mengejutkan kerana McCain tidak dikebumikan bersebelahan mendiang bapa dan datuknya.

Pada Sabtu, McCain meninggal dunia akibat kanser otak yang agresif.

Sebelum ini, mendiang dari Parti Republikan itu pernah bertanding dalam pilihan raya presiden 2008, namun kalah kepada bekas Presiden Barack Obama.