awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPKT keluarkan peringatan akhir susulan penguatkuasaan perintah khidmat masyarakat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Batik ecoprint hasil karya anak didik Cikgu Hadi curi tumpuan di Festival Kraf Johor 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johnson & Johnson rancang mula ujian klinikal vaksin COVID-19

Agensi
Agensi
31/03/2020
01:30 MYT
Johnson & Johnson rancang mula ujian klinikal vaksin COVID-19
Johnson & Johnson dan BARDA akan memperuntukkan ASD1 bilion untuk membiayai penyelidikan, pembangunan dan ujian klinikal vaksin. - Gambar hiasan.
GERGASI farmaseutikal Johnson & Johnson merancang untuk memulakan ujian klinikal vaksin COVID-19 terhadap manusia menjelang September ini dengan sasaran kumpulan pertama pesakit yang dikategorikan kes kecemasan boleh menggunakannya awal tahun depan.
Johnson & Johnson dalam satu kenyataan berkata, mereka sudah berusaha membangunkan vaksin itu sejak Januari dengan usahasama Lembaga Penyelidikan dan Kemajuan Advance Biomedikal (BARDA) iaitu sebuah bahagian Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia.
Johnson & Johnson dan BARDA akan memperuntukkan ASD1 bilion untuk membiayai penyelidikan, pembangunan dan ujian klinikal vaksin.
"Dunia menghadapi krisis kesihatan awam yang mendesak dan kami komited untuk vaksin COVID-19 dan ia boleh didapati secara global secepat mungkin," kata Ketua dan Ketua Pegawai Eksekutif Johnson & Johnson Alex Gorsky.
Mereka juga menjelaskan akan mengembangkan kapasiti pengeluaran globalnya supaya dapat menghasilkan vaksin dengan cepat jika diluluskan.
Johnson & Johnson bukanlah satu-satunya syarikat yang membuat vaksin kepada pandemik ini yang merebak diibaratkan seperti kebakaran di seluruh dunia.
Menurut Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit, firma biotek Amerika Syarikat, Moderna turut menghantar vaksinnya kepada penyelidik kerajaan untuk ujian pada bulan Februari dan dos pertama diberikan kepada peserta percubaan pada awal bulan ini.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#bangunkan vaksin
#BARDA
#COVID-19
#farmaseutikal
#Johnson & Johnson
#kecemasan
#koronavirus
#Moderna
#vaksin COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan