awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jokowi janji wujudkan rang undang-undang antikeganasan banteras militan

Reuters
Reuters
14/05/2018
10:57 MYT
Jokowi janji wujudkan rang undang-undang antikeganasan banteras militan
Pihak polis mengesyaki serangan bom Ahad lalu telah dilakukan oleh sebuah gerakan militan dinamakan Jemaah Ansharut Daulah (JAD). - Reuters.
Insiden serangan bom bunuh diri yang dilakukan sebuah keluarga militan Indonesia dan melibatkan kanak-kanak berumur lapan tahun telah menggegarkan masyarakat dunia.
Keadaan menjadi bertambah buruk apabila siri serangan bom kedua dilaporkan sehari selepas itu di bandar yang sama.
Reuters melaporkan, Presiden Indonesia Joko Widodo berjanji untuk meneruskan rang undang-undang antikeganasan dalam usaha memerangi rangkaian militan.
Menurut Ketua Polis Indonesia Tito Karvanian, pengebom dikatakan menaiki motosikal dan berhenti di hadapan Ibu Pejabat Polis Surabaya sebelum meletupkan dirinya.
Seorang kanak-kanak terjatuh semasa letupan itu berlaku namun sempat diselamatkan seperti yang dirakaman kamera litar tertutup.
Empat anggota polis dan enam orang awam juga dilaporkan cedera akibat serangan berkenaan. BACA: TERKINI! Ibu pejabat polis Surabaya dibom, empat individu dikhuatiri terkorban
Jokowi menyifatkan tindakan yang dilakukan pengganas itu sebagai perbuatan orang pengecut, tidak bermartabat dan melampaui batas kemanusiaan.
Pihak polis mengesyaki serangan bom Ahad lalu telah dilakukan oleh sebuah gerakan militan yang dikenali sebagai Jemaah Ansharut Daulah (JAD).
Bercakap tentang motif serangan, pihak polis berkata, tahanan JAD telah menyahut panggilan daripada kumpulan militan Daish di Syria yang menyeru mengikutnya yang dalam tahanan untuk berjuang.
Bagaimanapun, terdapat motif lain serangan bom berkenaan iaitu untuk membalas dendam ke atas penangkapan pemimpin mereka iaitu Aman Abdurrahman dan pemimpin JAD yang lain seperti Zaenal Anshari.
Secara keseluruhannya, 25 orang telah dilaporkan terbunuh sejak Ahad lalu termasuklah 13 suspek militan ekoran serangan itu.
BACA: Lapan maut letupan bom di tiga gereja Surabaya
Topic Berkaitan
#bom
#daish
#jemaah ansharut daulah
#Joko Widodo
#maut
#militan
#Surabaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan