Seorang lelaki di Indonesia tergamak menjual isterinya yang dikahwininya selama 12 tahun untuk khidmat seks 'threesome' di Facebook.

M Amin Santoso, 29, mendakwa dia terpaksa berbuat demikian kerana masalah ekonomi dihadapi keluarganya.

"Ini adalah untuk biaya persekolahan dua anak saya," kata Amin ketika disoal wartawan di ibu pejabat polis Surabaya pada Isnin.

Dia yang bekerja sebagai pengangkat barang itu mendakwa pendapatan yang diperolehnya tidak mencukupi.

"Biasanya dapat bantuan. Tetapi, kali ini tidak. Bekerja sebagai kuli hanya dapat 50 ribu rupiah (RM14) sehari," ujarnya.

Penduduk Sukomanunggal tersebut mengaku teruja dengan tawaran 2 juta rupiah (RM586) itu malah isterinya yang turut hadir membuat pengakuan melakukan khidmat seks tersebut kerana terdesak memerlukan wang tersebut.

Kini, Amin perlu bertanggungjawab atas perbuatannya dan bakal didakwa di bawah Undang-undang Pemerdagangan Manusia atau Mencari Keuntungan daripada Pelacuran Wanita manakala isterinya dibebaskan. - Detik.com