SEAKAN-akan dapat merasakan bakal berlaku perkara buruk, seorang lelaki di utara China terselamat daripada ditimpa kecelakaan.

Mujur lelaki tersebut sempat melarikan diri sebelum jubin jatuh dan menghempap kenderaan yang diparkir di kawasan tersebut.

Video yang dirakam di bandar Harbin di wilayah Heilongjiang pada 28 Jun lalu memaparkan seorang lelaki melarikan diri selepas merasakan batu-batu kecil mula jatuh dari tingkat atas.

Selang tiga saat kemudian, sejumlah besar jubin jatuh dari tingkat atas menyebabkan kenderaan yang diparkir di bawah mengalami kerosakan teruk.

Video yang dirakam di bandar Harbin di wilayah Heilongjiang pada 28 Jun lalu memaparkan seorang lelaki melarikan diri selepas dapat merasakan batu-batu kecil mula jatuh dari tingkat atas. Foto: APTN


Menurut laporan media tempatan, pemilik kenderaan itu dibayar ganti rugi oleh pemilik bangunan tersebut.