Tutup

Berita  | Dunia

Jumlah pelancong ke Pulau Komodo akan dikawal

Jumlah pelancong ke Pulau Komodo akan dikawal
Pulau Komodo yang merupakan antara destinasi percutian popular yang digemari ramai pelancong.
HASRAT pengunjung untuk melawat Pulau Komodo di Indonesia sewenang-wenangnya mungkin tidak akan terlaksana apabila kerajaan negara itu sedang merancang untuk membataskan jumlah pelancong ke pusat percutian popular berkenaan.

Mengumumkan perkara ini, Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) berkata, kepimpinannya tidak akan mengorbankan keindahan Pulau Komodo hanya semata-mata kerana mahu mengejar jumlah pelancong yang tinggi.

Sehubungan itu, Jokowi berkata, membataskan jumlah pelancong akan tersenarai sebagai antara usaha pemuliharaan dan pembangunan Pulau Komodo selain mengadakan integrasi di antara Pulau Komodo dan Pulau Rinca.
Kerajaan juga, kata Jokowi, akan berusaha memastikan kelestarian Pulau Komodo sebagai keutamaan.

"Kita ingin pastikan Pulau Komodo benar-benar dijadikan tempat pemuliharaan sehinggakan jumlah pelancong juga akan kita batasi, kan ada kouta untuk pelancong, bayaran juga mahal.
"Kalau tidak mampu bayar, tidak perlu ke sana (Pulau Komodo). Kalau memang mahu melihat komodo juga boleh sahaja ke Pulau Rinca," kata Jokowi ketika berkunjung ke Pulau Rinca, Labuan Bajo, Nusa Tenggara
Timur pada Khamis.

Pulau Komodo merupakan antara destinasi percutian popular di Indonesia dan menarik ribuan pengunjung setiap tahun.

Pulau berkenaan menempatkan sejumlah 1,7000 ekor komodo sementara di Pulau Rinca pula terdapat 1,040 ekor spesis biawak besar itu.

BACA: Populasi berkurangan, Taman Nasional Komodo akan ditutup setahun




Tag: Pulau Komodo, Nusa Tenggara Timur, Indonesia, pelancong, Presiden Indonesia, Jokowi, Pulau Rinca


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.