Pasukan keselamatan Thailand pada Khamis mengepung kuil Buddha terbesar di negara itu, dan pemimpin junta pula mengumumkan beliau mengenakan kawalan itu selepas rumah ibadat itu tetap tidak mahu menyerahkan seorang sami berpengaruh yang dikehendaki kerana kesalahan pengubahan wang haram.
Ketika parti-parti politik dan golongan aktivis dapat dikawal sejak rampasan kuasa pada tahun 2014, Kuil Dhammakaya menjadi institusi luar biasa yang dilihat memberi tentangan kepada junta.
Selain mengambil tindakan kepada golongan yang mengkritik pemerintahan, pihak junta juga selama ini memantau kumpulan-kumpulan agama yang mempunyai pengikut yang ramai.
Perdana Menteri Prayuth Chan-ocha berkata, kawalan dan sekatan yang dikenakan ke atas kuil tersebut dilakukan di bawah Artikel 44 Perlembagaan, kerana dilihat cuba menentang usaha penguatkuasaan undang-undang.
Perintah itu membenarkan pasukan keselamatan memasuki kawasan kuil tersebut, mengawal laluan masuk dan keluar, memanggil sesiapa sahaja, membuat tangkapan, menggeledah dan memusnahkan atau sebarang tindakan lain yang dilihat bersesuaian.
Ketua sami kuil berkenaan, Phra Dhammachayo, 72, berdepan dakwaan konspirasi mengubah wang dan menerima barangan curi, selain dakwaan mengambil alih tanah secara tidak sah untuk membina pusat pertapaan.
Bekas petugas khas kepada sami berkenaan menyifatkan dakwaan itu sebagai bermotifkan politik.
Ribuan polis beruniform dan anggota tambahan dalam seragam tempur ditempatkan di sekeliling kuil yang kawasannya seluas 400 hektar, iaitu 10 kali ganda saiz Vatican City.
“Sekatan telah dibuat, sekali gus menghalang sesiapa masuk atau keluar,” ujar kuil itu melalui akaun Twitternya.
Pasukan keselamatan bagaimanapun tidak menyatakan sama ada perlu menyerbu kuil itu atau sedang menunggu arahan berbuat demikian. Junta juga membenarkan bekalan air dipotong.
Halang pihak berkuasa
Pihak polis selama ini telah beberapa kali cuba untuk menyiasat Dhammachayo selain mahu memasuki kuil itu, namun gagal. Setiap kali, ribuan sami dan pengikut tegar akan bergegas ke kuil itu untuk menghalang pihak berkuasa.
Ketua pegawai perhubungan awam kuil itu pada Rabu memberitahu, Dhammachayo tidak berada di kuil itu sejak Mei dan tidak menyerah diri kepada polis kerana dalam keadaan sangat tidak sihat.
Kontroversi tersebut dilihat mencerminkan landskap politik Thailand yang terpisah, hingga memberi kesan kepada banyak aspek kehidupan termasuk agama.
Kuil Dhammakaya berbeza daripada kuil-kuil tradisional lain kerana saiz dan juga stupa yang menyerupai kapal angkasa.
Walaupun kuil itu tidak ada kaitan dengan dunia politik, ketua sami tersebut dipercayai mempunyai pertalian dengan bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra, yang telah digulingkan pada tahun 2006.
Agensi
Thu Feb 16 2017
Antara anggota pasukan keselamatan yang berkawal di pekarangan Kuil Dhammakaya. - Foto Reuters
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Junta Myanmar tarik balik pengampunan ahli ekonomi Australia Sean Turnell
Junta tentera Myanmar membatalkan pengampunan penjara seorang ahli ekonomi dan penasihat dari Australia yang dibebaskan tahun lepas dan telah pun kembali ke negara asalnya.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tiada perubahan drastik dijangka dari PRU Thailand - Penganalisis
Perjalanan proses itu hanyalah bagi memberi lebih legitimasi kepada kerajaan sedia ada yang dikuasai junta tentera ketika ini.