awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masalah bumbung bocor di Axiata Arena tidak akan berulang - PSM
Pegang kayu di plaza tol, polis buru dua individu
Kelantan hargai arahan Perdana Menteri percepat penggantian titi gantung Lata Rek
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Juruterbang Malaysia ditahan di Batam kerana positif dadah

Agensi
Agensi
31/12/2017
20:00 MYT
Juruterbang Malaysia ditahan di Batam kerana positif dadah
Agensi Narkotik Indonesia (BNN) menahan juruterbang berusia 34 tahun itu selepas didapati positif dalam penyalahgunaan dadah ketika pemeriksaan rambang di Lapangan Terbang Antarabangsa Hang Nadim, Batam. -Foto Antaranews
Pihak berkuasa Indonesia menahan seorang juruterbang sebuah syarikat penerbangan di negara ini kerana didapati mengambil dadah jenis methamphetamine pada Sabtu.
Memetik laporan portal Antaranews, Agensi Narkotik Indonesia (BNN) menahan juruterbang berusia 34 tahun itu selepas didapati positif dalam penyalahgunaan dadah ketika pemeriksaan rambang di Lapangan Terbang Antarabangsa Hang Nadim, Batam.
"Juruterbang itu kemudian ditahan di pejabat BNN di Kepulauan Riau," katanya ketua BNN, Richard Nainggolan.
BNN merampas 1.9 gram methamphetamine serta beberapa peralatan menghisap dadah yang dipercayai milik juruterbang.
Dalam pada itu, syarikat penerbangan tersebut ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan suspek yang kini dalam siasatan pihak BNN, lapor portal The Star.
"Kami difahamkan mengenai penahanan juruterbang ini di Batam berhubung isu dadah. Siasatan sedang dijalankan," kata jurucakap syarikat penerbangan itu.
Jurucakap syarikat penerbangan itu menegaskan bahawa syarikat penerbangan tersebut tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas ke atas kakitangan yang didapati terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
"Mana-mana pekerja yang didapati bersalah akan ditamatkan perkhidmatan selain diserahkan kepada pihak berkuasa," katanya.
Topic Berkaitan
#Dadah
#Juruterbang
#Lapangan Terbang Antarabangsa Hang Nadim
#methamphetamine
#peralatan menghisap dadah
#Syabu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan