Berita  | Dunia

Juruterbang maut helikopter terhempas di tengah-tengah New York

Juruterbang maut helikopter terhempas di tengah-tengah New York
Menurut Gabenor New York, Andrew Cuomo, nahas tersebut turut menggegarkan bangunan 54 tingkat itu. - Foto REUTERS
NEW YORK: Seorang juruterbang maut selepas helikopter yang dikemudinya terhempas di atas sebuah bangunan di Manhattan, New York, Amerika Syarikat pada Isnin.

Menurut Gabenor New York, Andrew Cuomo, nahas tersebut turut menggegarkan bangunan 54 tingkat itu.
Orang ramai dikeluarkan dari bangunan terbabit yang terletak berdekatan dengan lokasi popular Times Square.

Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan lain dilaporkan.

Juruterbang tersebut dikenalpasti sebagai Tim McCormack dan dia adalah satu-satunya mangsa di dalam helikopter jenis Agusta A109E tersebut.



Tag: New York, Amerika Syarikat, maut, kemalangan, nahas, terhempas, mangsa, Gabenor New York, Andrew Cuomo


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.