awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Justo fail rayuan ringankan hukuman penjara 3 tahun

Bernama
Bernama
14/10/2015
13:12 MYT
Justo fail rayuan ringankan hukuman penjara 3 tahun
Justo, 49, ditahan di rumahnya pulau peranginan Koh Samui di selatan Thailand pada 22 Jun selepas pegawai PetroSaudi membuat aduan bahawa lelaki itu cuba memeras ugut syarikat itu.
Xavier Andre Justo telah mengemukakan rayuan terhadap hukuman penjara tiga tahun yang dikenakan oleh Mahkamah Jenayah Bangkok Selatan pada 17 Ogos lepas kerana memeras ugut bekas majikannya, PetroSaudi International Ltd (PetroSaudi).
Peguam baharu warga Switzerland itu, Worasit Piriyawiboon memfailkan permohonan di Mahkamah Rayuan di sini hari ini dengan dokumen sokongan setebal 59 muka surat, hanya dua hari sebelum tamat tempoh rayuan.
Antara alasan rayuan untuk meringankan tempoh hukuman ialah Justo tidak mengubah suai dokumen-dokumen yang diperoleh daripada PetroSaudi dan ia merupakan kesalahan pertamanya.
Worasit berkata sebarang kerosakan kepada imej Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah kerana akvitivi pihak ketiga yang mengubah suai salinan dokumen-dokumen yang mereka terima daripada Justo.
"Mereka yang mengubah suai maklumat perlu mengambil tanggungjawab dan menghadapi tindakan undang-undang," katanya kepada Bernama selepas memfailkan permohonan rayuan di sini.
Memandangkan kesalahan pertama, katanya, Justo tidak seharusnya menjalanani hukuman berat dan sebaliknya memadai dengan hukuman ringan.
"Ia seharusnya hukuman penjara enam bulan atau setahun atau hukuman bersyarat atau hanya dikenakan denda," katanya.
Worasit berkata tempoh rayuan biasa adalah 30 hari tetapi Justo diberi masa tambahan 30 hari bagi membolehkan beliau sebagai peguam baharu masa untuk menyediakan dokumen-dokumen untuk permohonan rayuan itu. Sebelum ini, pasukan pembelaan Justo diketuai Pranot Kalanuson.
Mengenai Justo, Worasit berkata anak guamnya telah menyesuaikan diri dalam persekitaran semasa.
"Saya melawatnya di penjara setiap minggu...sudah empat 4 atau lima kali sekarang. Justo kata dia sihat dan mempunyai banyak kawan dan mereka memahami dia serta seorang yang disenangi," katanya.
Justo, 49, ditahan di rumahnya pulau peranginan Koh Samui di selatan Thailand pada 22 Jun selepas pegawai PetroSaudi membuat aduan bahawa lelaki itu cuba memeras ugut syarikat itu sebanyak 2.5 juta Swiss francs (RM11 juta) dengan menggunakan dokumen-dokumen yang dicuri daripada syarikat itu.
Kes Justo menjadi tumpuan di Malaysia berikutan kerjasama pernah dijalinkan antara PetroSaudi dan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Topic Berkaitan
#hukuman penjara
#Mahkamah Jenayah Bangkok
#PetroSaudi
#rayuan
#Xavier Andre Justo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan