Jijik dan menggelikan!

Itu perasaan yang diceritakan anggota penyelamat selepas berjaya menyelamatkan seorang wanita yang kurang upaya di atas katil di rumahnya di Buford, Georgia, Amerika Syarikat dengan dipenuhi ulat dan lipas.

Malah, lebih menyedihkan kaki wanita berusia dalam lingkungan umur 50-an itu semakin mereput.

Namun, dia didapati masih hidup.

Pihak berkuasa menyifatkan tempat wanita itu ditemui sebagai sangat menyedihkan dengan sampah yang bertimbun memenuhi segenap ruang kediamannya itu.

Wanita itu dikenal pasti sebagai Tracie Sorrells dan pihak berkuasa yang menemuinya tidak yakin dia boleh hidup lama.

Tracie tinggal bersama suaminya, Terry Sorrells, 54 tahun dan anak lelaki mereka, Christian, 18 tahun.

Semasa menyelamatkan mangsa, laporan menyebut, kaki Tracie mula kehitaman dan mereput.

Malah, lebih menggelikan, ulat dan lipas berkenaan masih berada di badannya ketika dia diangkat keluar.

Menurut suami mangsa, Tracie berada di katil berkenaan sejak dua tahun lalu kerana sakit.

Masalah kewangan juga menyebabkan pengabaian berkenaan kerana kedua-dua beranak itu tidak bekerja.

Bukan sahaja dalam bilik Tracey, ribuan lipas turut ditemui di merata tempat iaitu di dapur dan bilik suaminya.

Susulan pengabaian terhadap wanita kurang upaya itu, dua beranak itu ditahan polis.

Mereka turut dikenakan ikat jamin berjumlah AS$22,200.