awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia sasar pengurangan kemiskinan sebagai fokus utama 2026
Kes mpox di Zambia cecah 367 sejak wabak pada Oktober 2024
55 juta penduduk Afrika Barat, Tengah berisiko kebuluran teruk pada 2026 - PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kala jengking dalam pesawat Lion Air?

Astro Awani
Astro Awani
16/02/2019
07:37 MYT
Kala jengking dalam pesawat Lion Air?
Gambar kala jengking yang diambil penumpang pesawat Lion Air JT-293. -Foto Instagram
Penumpang Lion Air JT-293 gempar apabila terlihat kala jengking hitam di dalam kabin pesawat ketika penerbangan dari Lapangan Terbang Sultan Syarif Kasim II di Riau menuju ke Tangerang, Banten, pada Khamis.
Detik cemas itu dikongsi beberapa penumpang di media sosial masing-masing.
Jurucakap Lion Air, Danang Mandala Prihantoro dalam satu kenyataan berkata pihaknya masih menyiasat bagaimana haiwan berbisa itu boleh muncul di dalam pesawat mereka.
"Berdasarkan pemerhatian daripada video yang kami terima, nampaknya seperti labah-labah," katanya seperti dilaporkan Kompas.com.
Bagaimanapun, satu gambar yang tersebar menunjukkan haiwan kecil yang menyelinap di ruang penyimpanan bagasi itu kelihatan seperti seekor kala jengking.
View this post on Instagram
Kejadian tak terduga pada penerbangan Lion Air JT 293, Pku-Jkt, 14 Feb 2019. Tiba-tiba muncul kalajengking (scorpion) di tempat penyimpanan bagasi di atas tempat duduk. Persis di atas kepala saya. Semoga ada langkah penanganan yang serius dan pihak Lion Air. #kalajengkingdipesawat #kalajengkingdilionair #hororkalajengkinglionair #terbangbersamakalajengking #scorpionatlionair #flightwithscorpion
A post shared by Karim Taslim (@karimtaslim) on
Feb 14, 2019 at 6:24pm PST
Danang berkata selepas menerima maklumat mengenai penemuan itu, kakitangan syarikat telah memeriksa kabin secara menyeluruh tetapi tidak menjumpai haiwan berbisa tersebut.
"Untuk memastikan keselamatan, keselesaan dan kemudahan penumpang semasa penerbangan, pesawat itu telah diperiksa dengan teliti bagi mengelakkan ancaman serangga perosak," katanya.
Beliau berkata penerbangan JT-293 telah diselenggara dengan baik pada Khamis sebelum berlepas dan pesawat Boeing 737-800NG itu telah melalui pemeriksaan pra-penerbangan dan diisytiharkan selamat untuk terbang.
YouTube Viral Press
Topic Berkaitan
#Danang Mandala Prihantoro
#JT-293
#kala jengking
#keselamatan
#Lapangan Terbang Sultan Syarif Kasim II
#Lion Air
#penerbangan
#pesawat
#Tangerang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan