Seorang bilal di Masjid Terapung Palu menceritakan bagaimana dia terselamat daripada bencana tsunami yang melanda kota ini pada 28 September lalu.
Bilal yang dikenali sebagai Mohd Rahman itu berkata, waktu kejadian itu berlaku dia baharu sahaja mahu laungkan azan Maghrib di masjid berkenaan.
Katanya, belum sempat beliau mahu laungkan azan secara tiba-tiba berlaku satu goncangan yang sangat dahsyat yang mana kesannya ia telah menggegarkan masjid berkenaan.
"Jadi pada saat itu sudah masuk jam 6 petang (waktu maghrib masa tempatan) saya ingin laungkan azan tiba-tiba berlakunya goncangan yang sangat kuat.
"Dan air laut mula naik ke dalam masjid, " katanya ketika diwawancara oleh media tempatan di sini.
Tenang berhadapan situasi itu, katanya dia bermonolog kepada Allah bahawa sekiranya nyawanya mahu diambil ketika itu biarlah jasadnya tidak dibawa jauh dari masjid berkenaan.
"Waktu itu jemaah semua sudah lari, tinggal saya seorang dalam masjid, saya berdoa kepada Allah, baca ayat kursi dan saya akhiri dengan kalimat syahadah.
"Saya dihempas ombak, air mula masuk ke dalam masjid, saya terkena serpihan kaca, tapi saya tidak pengsan.
"Sepanjang dibawa air 'ke sana ke sini' itu saya amalkan kalimah syahadah tanpa henti...dan hempasan air laut itu membawa saya terkeluar daripada masjid... pakaian saya sudah tertanggal," katanya.
Berkongsi lanjut, katanya tidak semena-mena ada pakaian yang hanyut dibawa air 'hadir' kepadanya.
"Saya ambil pakaian itu saya balutkan dibadan, bila air kembali tenang saya berjaya larikan diri ke daratan," katanya.
Dia akhirnya terselamat dalam tsunami berkenaan dan berkongsi kisah bagaimana dia boleh terselamat meskipun kawasan berkenaan hancur dibadai tsunami.
Sinar Harian kini bersama NGO Serantau Muslim menggerakkan misi bantuan kemanusiaan ke kota Palu, Sulawesi Indonesia.
Misi bantuan yang berangkat pada Jumaat lalu akan berada di Palu sehingga 20 Oktober untuk menghulurkan bantuan.
Kota Palu yang digegarkan dengan gempa berukuran 7.5 pada skala Richter dan tsunami yang melanda bandar iu, pada 28 September lalu telah mengakibatkan ribuan nyawa terkorban.
Difahamkan di sebahagian Kota Palu memperlihatkan kesukaran hidup yang dihadapi penghuninya selepas kejadian berkenaan.
Jadi sekiranya orang ramai yang ingin turut membantu sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank 564276529068 Sinar Karangkraf Sdn Bhd.
Sinar Harian
Wed Oct 17 2018
Mohd Rahman antara yang terselamat daripada bencana tsunami. - Foto Sinar Harian
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak
Tangisan anak bongsu Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang berusia enam tahun ketika melihat jenazah ibunya dikebumikan malam tadi mengundang rasa sebak sehingga membuatkan ramai hadirin turut menangis.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
Fenomena air pasang besar landa Kuala Kedah, air laut cecah 2.92m
Bacaan paras air laut itu yang tertinggi setakat ini dicatatkan berlaku berbanding sebelum ini.
Ribut petir, hujan lebat di utara Semenanjung hingga Isnin
Kawasan terlibat ialah Perlis, Pulau Pinang, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu), selain Kerian, Larut Matang dan Selama di Perak.
Tiba masanya jadikan air bawah tanah, alternatif sumber air mentah negara
Ishak Hasnan berkata sudah tiba masanya LRA dilengkapi dengan sumber air mentah alternatif yang lebih terjamin bebas daripada pencemaran yang dapat mengurangkan kebergantungan kepada air sungai.
Empat rumah dinaiki air akibat fenomena air pasang besar
Rumah empat keluarga itu dinaiki air laut sejak pukul 10 pagi Isnin akibat fenomena air pasang besar yang sering berlaku apabila tiba hujung bulan Disember.
'Kalimah syahadah selamatkan diriku!'
Bilal yang dikenali sebagai Mohd Rahman itu berkata, waktu kejadian itu berlaku dia baharu sahaja mahu laungkan azan Maghrib di masjid berkenaan.
Air pasang besar di Klang: Tiada kawasan dinaiki air - Bomba
Pemantauan di kawasan-kawasan berisiko tinggi dinaiki air mendapati tiada limpahan air laut melepasi ban dan keadaan adalah terkawal.
Air laut di Selangor diramal di paras tinggi
Air laut diramal berada di paras tertinggi sehingga 5.5 meter di perairan Selangor pada Jumaat ini (6 Okt) sehingga Isnin depan (9 Okt).