Berita  | Dunia

Kanada tahan CFO Huawei, hubungan China-AS kembali tegang?

Kanada tahan CFO Huawei, hubungan China-AS kembali tegang?
Pada April, Wall Street Journal melaporkan Huawei disiasat atas dakwaan melanggar arahan sekatan dagangan terhadap Iran. - Foto Fail
KETUA Pegawai Kewangan (CFO) gergasi teknologi, Huawei, Sabrina Meng Wanzhou ditahan oleh pihak berkuasa Kanada atas permintaan kerajaan Amerika Syarikat (AS) susulan dakwaan beliau melanggar sekatan dagangan AS terhadap Iran.

South China Morning Post yang memetik jurucakap Jabatan Keadilan Kanada, Ian McLeod,  berkata beliau ditahan pada 1 Disember.

“Beliau (Sabrina) akan diekstradisi ke Amerika Syarikat, prosiding ikat jamin telah ditetapkan pada 7 Disember,” kata Ian McLeod.
Sabrina, 41, dianggap individu penting yang berpotensi menggantikan bapanya, pengasas Huawei, Ren Zhengfei.

Pada April, Wall Street Journal melaporkan Huawei disiasat atas dakwaan melanggar arahan sekatan dagangan terhadap Iran.

Huawei, salah satu syarikat pengeluar kelengkapan rangkaian telekomunikasi dan telefon pintar, sejak sekian lama berdepat tekanan oleh AS kononya cip yang dihasilkan syarikat itu kemungkinan digunakan untuk tujuan risikan.

Kes tersebut bertitik tolak dari siasatan ke atas ZTE, pengeluar telekomunikasi kedua terbesar China, yang disahkan cuba untuk berdagang secara haram dengan Iran dan Korea Utara.

Firma AS dilarang menjual cip mikro dan komponen lain kepada ZTE, menyebabkan syarikat itu hamper muflis, sehingga arahan itu dihentikan atas arahan Donald Trump pasca perbincangan dengan kerajaan China.

China dan AS kini dalam proses rundingan perjanjian dagangan dan bersetuju menghentikan seketika tambahan tariff dagangan. 



Tag: Donald Trump, Wall Street Journal, Huawei, Sabrina Meng Wanzhou, Korea Utara


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.