Selepas bertahun menghantar timbunan sampah ke Filipina, Kanada akhirnya terpaksa menerima kembali 'kiriman' mereka selepas negara Asia bersepakat dengan tegasnya menolak daripada terus menjadi rumah sampah antarabangsa.

Sebanyak 69 kontena dimuatkan ke dalam kapal kargo di Subic Bay, bekas bekas pangkalan tentera laut Amerika Syarikat (AS) dan pelabuhan perkapalan barat laut Manila sebelum memulakan perjalanan menuju Kanada pada Jumaat.

Pemulangan jutaan tan sampah itu dibuat selepas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte menjalankan kempen menegaskan Kanada agar mengambil semula sisa buangan mereka dalam kadar segera pada minggu lalu di Ottawa.

"Selamat tinggal," kata Setiausaha Kementerian Luar Filipina di laman Twitter miliknya.


Dalam pada itu, Menteri Alam Sekitar Kanada, Catherine McKenna menyambut baik kiriman sampah mereka sejak bertahun-tahun lalu.

Terdahulu, Malaysia turut mengumumkan akan menghantar semula 450 tan sisa plastik yang diimport ke negara asal termasuk Australia, Bangladesh, Kanada, China, Jepun, Arab Saudi Arabia dan AS.

China dalam pada itu turut menerima timbunan sisa plastik daripada seluruh dunia, namun meletakkan dasar tutup pintu kepada negara luar bermula tahun lalu dalam usaha membaiki mutu alam sekitar negara berkenaan.