PERDANA Menteri Kanada, Justin Trudeau, memaklumkan negaranya tidak akan turut sama dalam pengharaman pemakaian burkini, seperti yang dilakukan di beberapa bandar di Perancis.
Memetik laporan The Guardian, Trudeau berkata, sebagai negara yang menghormati hak beragama, perkara seperti itu tidak akan wujud dalam pentadbirannya.
"Di Kanada, kita sering bercakap tentang penerimaan, keterbukaan, persahabatan dan saling memahami. Itu hala tuju kita dan ia membabitkan kepelbagaian dalam persekitaran harian komuniti rakyat di negara ini," kata Trudeau selepas satu mesyuarat bersama jemaah menteri awal hari ini.
"Toleransi bermaksud menerima hak mereka dalam menjalani kehidupan, tidak kira bagaimana berbezanya cara mereka daripada kita," tambah Trudeau.
Kenyataan itu sebagai balasan kepada pendapat yang dikeluarkan beberapa pihak yang mahu Kanada mengambil langkah yang sama seperti yang dilakukan Perancis.
Sekurang-kurangnya 15 buah bandar di Perancis telah mengharamkan pemakaian burkini, yang merupakan pakaian renang yang direka khusus untuk wanita Islam.
BACA: Burkini: Diharamkan di Perancis, namun jualan meningkat di Australia
Antara bandar terbabit termasuklah Nice, yang pernah menjadi sasaran serangan kumpulan pengganas pada 14 Julai lalu.
Astro Awani
Tue Aug 23 2016
Kanada tetap dengan pendirian menghormati hak beragama - Trudeau
[INFOGRAFIK] N.06 Kuala Kubu Baharu, calon PN, Khairul Azhari Saut
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan calon PN, Khairul Azhari Saut. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
[INFOGRAFIK] N0.6 Kuala Kubu Baharu, calon Perpaduan, Pan Sock Tao
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan calon Perpaduan, Pan Sock Tao. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
Pasangan warga emas redah 200 km demi PRK Kuala Kubu Baharu
Abdul Rahim Bidin dan Noraini Mansor bergerak selepas subuh dan selesai membuang undi di SJKC Khing Ming sekitar jam 8.30 pagi.
Buletin AWANI Khas: Kuala Kubu Baharu memilih
Kylian Mbappe sah tinggalkan PSG
Penyerang berusia 25 tahun itu tidak akan menyambung kontraknya, selepas hampir tujuh musim beraksi bersama kelab terkemuka Perancis itu.
Muhammad Khairi, Normawaty dinobat qari dan qariah Melaka 2024
Normawaty sama sekali tidak menyangka memenangi pertandingan pada tahun ini selepas lima kali menyertai program tilawah itu sejak 2008.
Op Gegar: 39 individu termasuk 29 GRO warga asing ditahan
Penahanan dilakukan selepas pemeriksaan dijalankan terhadap 82 individu dalam Op Gegar bermula 11 malam tadi hingga 2 pagi tadi.
Tangguh ke Thailand jika tiada urusan penting - Polis Kelantan
Beliau berkata, jika tidak mempunyai pilihan mereka yang ingin ke negara berkenaan diingatkan agar sentiasa berhati-hati.
Wanita Malaysia buat hal di Jepun, parkir kereta ikut suka hati
Menerusi perkongsian foto pengguna X, tindakan wanita berkenaan telah menimbulkan kemarahan warga negara matahari terbit itu.
KKB Memilih: Hari penentuan siapa pilihan pengundi (setakat jam 8:40 pagi)
Wartawan Hasimi Muhamad melaporkan perkembangan terkini proses pengundian pilihan raya kecil Kuala Kubu Baharu.
Burkini: Diharamkan di Perancis, namun jualan meningkat di Australia
Kontroversi pengharaman di Perancis itu mencetuskan lebih banyak rasa ingin tahu terhadap burkini, terutamanya daripada golongan wanita bukan Islam.