Berita  | Dunia

Kanak-kanak jadi mangsa cabul, rogol kekasih ibu selama tujuh tahun

Kanak-kanak jadi mangsa cabul, rogol kekasih ibu selama tujuh tahun
Mangsa mula diserang secara seksual pada usia tujuh tahun dan aduan kepada ibunya tidak diendahkan. - Gambar hiasan
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 47 tahun dijatuhkan hukuman penjara 34 tahun dan 24 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Singapura hari ini selepas disabitkan dengan kesalahan merogol anak bongsu perempuan simpanannya.

Salah laku ini berterusan selama tujuh tahun.

Mangsa yang kini berusia 15 tahun memaklumkan, hubungan seksual dengan lelaki itu adalah rutin hariannya.

Usianya yang masih muda ketika serangan berlaku, menyebabkan mangsa takut dengan lelaki berkenaan, sehinggalah pada 2016, apabila dia memfailkan laporan polis pada usia 13 tahun, lapor portal berita Channel News Asia.

"Ini adalah salah satu daripada kes serangan seksual paling kejam yang pernah dibicarakan dalam mahkamah ini," kata pendakwaraya kes berkenaan.

Mereka menggambarkan remaja berkenaan sudah terlalu 'biasa' dengan serangan seksual itu, sehingga dia dengan rela menanggalkan pakaian, setiap kali kekasih ibunya itu mencadangkan supaya mereka masuk ke bilik tidur.

Mahkamah juga diberitahu, ibu mangsa pula mengetahui mengenai pencabulan ke atas anaknya, tetapi tidak melakukan apa-apa.

Wanita itu yang bekerja sebagai tukang masak sebaliknya memberikan teman lelakinya yang tidak bekerja, elaun bulanan untuk sara hidup.

BACA: Remaja diliwat, dibakar, dipukul hingga mati teman lelaki ibu

Tertuduh yang tidak boleh didedahkan namanya kerana melindungi identiti mangsa, mengaku bersalah pada Isnin terhadap empat tuduhan rogol.

21 lagi tuduhan turut diambil kira ketika tuduhan dijatuhkan.

Tertuduh dan ibu mangsa, yang dirujuk dalam dokumen mahkamah sebagai 'J', mula mengadakan hubungan sulit pada 2006, ketika mangsa berusia empat tahun.

Mangsa sebelum itu dibesarkan tanpa bapa, dan kehadiran pesalah dalam hidupnya umpama mengisi kekosongan yang ditinggalkan.

Pada 2010, tertuduh menawarkan untuk menjaga mangsa, yang berusia tujuh tahun ketika cuti sekolah pada Jun dan Disember, ketika ibunya bekerja.

Cadangan dipersetujui ibu mangsa.

Dari 2010 hingga 2014, mangsa berpindah ke kediaman lelaki berkenaan di Clementi, di mana dia tinggal bersama isteri dan anak lelaki tertuduh.

Tertuduh mendakwa ini akan memudahkannya untuk menjaga mangsa dan ibunya.

Ketika mereka bersendirian, tertuduh akan menonton filem lucah di hadapan mangsa dan kemudian mencabulnya.

Pencabulan berterusan, biarpun ketika mangsa merayu kesakitan.

Mangsa mengadu kepada ibunya, tetapi tiada apa-apa yang dilakukan wanita berkenaan menyebabkan mangsa berhenti.

Pada usia 10 tahun, mangsa akhirnya mengetahui apa yang dilakukan ke atasnya adalah satu pencabulan, selepas dia belajar subjek pendidikan seks.

Lelaki berkenaan menggangur sejak 2010, dan isterinya adalah pencari rezeki tunggal dalam keluarga, selain ibu mangsa yang memberikannya S$350 sebulan untuk belanja dapur.

Selepas mangsa dan ibunya berpindah ke kediaman itu, lelaki berkenaan mula merogol mangsa.

Pada mulanya perbuatan keji itu dilakukan ketika mereka bersendirian, namun, tertuduh semakin berani.

Dalam satu kejadian, tertuduh meminta mangsa mandi bersamanya, dan permintaan itu tidak pula ditegah ibu mangsa.

Isteri tertuduh pula meninggalkannya pada 2016.

Mangsa, ibu dan tertuduh berpindah semula ke kediaman asal mereka.

Di sana, mangsa dirogol untuk kali terakhir.

Mangsa mendapat bantuan bekas isteri tertuduh yang kemudian merujuknya kepada pekerja sosial.

Laporan polis akhirnya difailkan pada 29 Jun 2016.

Tertuduh sempat melarikan diri empat hari sebelum menyerah diri kepada polis pada 4 Julai.

Dia kemudian mengaku rogol mangsa kerana mahu membalas dendam terhadap bekas isterinya.

Dalam beberapa keterangan kepada polis, tertuduh menuduh mangsa menggodanya.

Dia juga mendakwa mangsa 'berpengalaman secara seksual' dan 'mempunyai nafsu besar' dan tidak berkelakuan seperti dara.

Pendakwaraya menuntut Hakim Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 34 tahun dan sebatan 24 kali kerana merosakkan kehidupan mangsa.

Mangsa kini malu dan rasa tidak selamat, malah masih trauma.

Hubungan mangsa dengan ibunya pula berantakan kerana tindakan tertuduh.

Mangsa kini tinggal dengan nenek kandungnya.