Tutup

Berita  | Dunia

Kanak-kanak Jepun terima kejutan dari robot maskot Tokyo 2020

Kanak-kanak Jepun terima kejutan dari robot maskot Tokyo 2020
Robot-robot maskot yang dikenali sebagai Miraitowa dan Someity, dibangunkan oleh Toyota Motor Corporation yang juga penaja terbesar Tokyo 2020.
BUAT julung kalinya! Murid-murid sekolah rendah di Jepun menerima kunjungan daripada robot mascot Tokyo 2020.

Lebih 600 murid di sekolah rendah Hoyonomori di Tokyo berpeluang berinteraksi dengan robot-robot maskot tersebut dan menyaksikan ia dikendalikan dari jauh.

Robot-robot maskot yang dikenali sebagai Miraitowa dan Someity, dibangunkan oleh Toyota Motor Corporation yang juga penaja terbesar Tokyo 2020.

Ia diperkenalkan kepada para murid bagi mempamerkan keistimewaan robot berkenaan yang bergerak bagaikan manusia seperti menggerakkan tangan dan kaki mereka, serta mengubah mata kepada imej bintang dan hati.
Beberapa murid juga diberi peluang untuk mencuba fungsi komunikasi robot itu seperti pengenalan suara dan pengecaman wajah.

Selain itu, mereka juga boleh bertanyakan soalan kepada robot berkenaan dan ia akan membalas pertanyaan dalam Bahasa Jepun dan Bahasa Inggeris.
Maskot bagi Kejohanan Olimpik Tokyo 2020, Miraitowa.

Maskot bagi Kejohanan Paralimpik Tokyo 2020, Someity.

Malah, Miraitowa dan Someity boleh mengikut arahan dengan mudah menerusi ciri pengenalan suara.

Penganjuran majlis pertemuan maskot robot itu dibuat bagi menarik minat dan menjadikan acara sukan berkenaan lebih menyeronokkan terutamanya buat kanak-kanak.

Untuk pengetahuan, rekaan bagi kedua-dua maskot ini dipilih oleh beribu pelajar sekolah di seluruh Jepun menerusi undian ‘rekaan paling digemari’.

Miraitowa adalah maskot bagi acara Olimpik, manakala Someity merupakan maskot bagi acara paralimpik.

Kedua-dua robot ini bakal menyambut kehadiran para atlet dan tetamu dari serata dunia dalam acara sukan yang penuh berprestij di bandaraya Tokyo.


Tag: Maskot, Tokyo 2020, Tokyo, Toyota, Olimpik, sukan, Kanak-kanak, Jepun, pelajar, sekolah



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.