awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup kukuh, cecah paras tertinggi dalam tempoh 16 bulan
Tiada pemangkin baharu, sentimen berhati-hati asak ringgit ditutup rendah
Rasuah papan iklan, tanah: Selepas tujuh jam, bekas menteri selesai beri keterangan di SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak selamatkan adik yang diserang anjing terima perisai daripada 'Captain America'

Astro Awani
Astro Awani
18/07/2020
01:27 MYT
Kanak-kanak selamatkan adik yang diserang anjing terima perisai daripada 'Captain America'
Chris Evans berkata akan memberikan perisai Captain America kepada Bridger kerana keberaniannya.
AKTOR Hollywood yang terkenal dengan watak "Captain America", Chris Evans menyampaikan mesej istimewa buat Bridger Walker, kanak-kanak enam tahun yang cedera teruk di muka selepas menyelamatkan adik perempuannya dari diserang anjing.
Bridger menjadi wira di internet selepas ibu saudaranya Nicole Walker menulis di Instagram pada 9 Julai menceritakan keberanian anak saudaranya itu.
Walker cedera teruk di muka sehingga terpaksa menerima hampir 90 jahitan, namun kanak-kanak berani itu berkata: “Jika ada orang perlu mati, saya rasa orang itu adalah saya.”
Evans menghantar video kepada keluarga Bridger dan mengucapkan tahniah kepada kanak-kanak itu selain mengesahkan akan memberi perisai "Captain America" kepada Walker.
“Kapten Amerika di sini. Jadi saya ada baca cerita anda; saya lihat apa anda lakukan dan saya juga pasti anda banyak kali sudah mendengar ayat ini, tapi biar saya menjadi orang seterusnya memberitahu ini kepada anda: 'Adik, anda adalah seorang wira. Apa yang anda lakukan sangat berani, tidak mementingkan diri. Adik anda bertuah kerana mempunyai anda sebagai abang',” katanya.
Tambah Evans, dia akan menjejaki alamat Bridger dan menghantar perisai Captain America kerana kanak-kanak itu kerana dia layak untuk memilikinya.
Aktor "Spiderman" Tom Holland dan "Hulk" Mark Ruffalo juga menghubungi kanak-kanak itu baru-baru ini dan memuji tindakan Bridger melindungi adiknya daripada diserang anjing.
Topic Berkaitan
#anak
#anjing
#Bridger Walker
#Captain America
#cedera
#Chris Evans
#diserang anjing
#Hollywood
#Internet
#Kanak-kanak
#keluarga
#mati
#video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan