SEMBILAN anggota bomba yang terlibat memadam kebakaran sebuah kapal di Jacksonville, Florida, terpaksa dimasukkan ke hospital selepas berlaku letupan.

Menurut pihak berkuasa, letupan berlaku kira-kira tiga jam selepas pihak bomba menerima panggilan pada jam 4 petang Khamis waktu tempatan, berhubung kebakaran kapal yang terjadi di Pulau Blount itu.

Kejadian tersebut telah menyebabkan lapan anggota cedera dan seorang berdepan masalah akibat haba panas (heat exhaustion).

Media tempatan melaporkan, kapal dari Norway itu membawa kereta lama dan terpakai dan dijadual meninggalkan Jacksonville.

Lebih daripada 20 anak kapal yang berada di dalam kapal semasa kebakaran bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri sebelum letupan berlaku

Hampir 150 anggota bomba dikerah memadam dan mengawal kebakaran dari luar kapal berkenaan.