Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Dunia

Kasihkan isteri tiada tolok bandingnya

Kasihkan isteri tiada tolok bandingnya
Tindakan Albert membuatkan Kelly terharu kerana pada hari tersebut, dia memandu sendirian ke hospital dan tidak menyangka suaminya mengekori malah menemaninya dari jauh. - Foto Agensi
TEXAS: Seorang suami tidak dapat menemani isterinya menjalani rawatan kemoterapi di hospital tampil kreatif apabila tetap setia menemani di luar hospital.

Menerusi Daily Mail, ketika wabak koronavirus (Covid-19) melanda negara, pelawat tidak dibenarkan mengunjungi hospital menyebabkan Albert Conner, 44, akur dengan arahan itu.
Bagaimanapun, rasa kasih dan sayang kepada isterinya, Kelly Conner, 40, yang menghidap penyakit kanser payu dara, Albert tetap menunggu isterinya di luar hospital berdepan dengan tingkap bilik rawatan kemoterapi.

Albert juga menulis di kadbod dengan kata-kata;

"Saya tidak boleh bersama kamu tetapi saya ada di sini. Saya sayang kamu.

"Terima kasih kepada semua kakitangan," katanya.

Tindakan Albert membuatkan Kelly terharu kerana pada hari tersebut, dia memandu sendirian ke hospital dan tidak menyangka suaminya mengekori malah menemaninya dari jauh.