Berita  | Dunia

Katedral Notre Dame di Paris terbakar

Katedral Notre Dame di Paris terbakar
Media sosial mula dibanjiri imej dan video yang menunjukkan asap berkepul naik ke udara dari bangunan berusia 850 tahun itu. - Twitter/@allyupdates1
PARIS: Warga Paris pada petang Isnin dikejutkan dengan kejadian kebakaran di bangunan bersejarah yang wujud sejak Zaman Pertengahan, Katedral Notre Dame.

Punca insiden itu masih belum jelas, namun beberapa sumber rasmi memberitahu ia ada kaitan dengan kerja-kerja pemuliharaan bangunan yang sedang dijalankan di situ, lapor BBC.
Media sosial mula dibanjiri imej dan video yang menunjukkan asap berkepul naik ke udara dari bangunan dengan seni bina berciri Gothic berusia 850 tahun itu.

Pada tahun lalu, badan penjaga gereja Katolik di Perancis pernah melancarkan rayuan dana untuk menyelamatkan katedral tersebut yang banyak mengalami kerosakan.

Pihak berkuasa sedang giat menjalankan usaha untuk menangani kebakaran tersebut, sementara laluan di sekitar bangunan itu sudah ditutup dan dikawal.


Tag: notre dame, katedral, notre dame terbakar, paris, bangunan bersejarah


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.