Kebakaran awal pagi Ahad di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Pennsylvania, Amerika Syarikat telah meragut nyawa lima kanak-kanak berusia di antara 8 bulan dan 7 tahun.

Pemilik bangunan perumahan yang menempatkan pusat jagaan itu turut menjadi mangsa dan terpaksa dikejarkan ke hospital.

Ketua Balai Bomba Erie, Guy Santone berkata kejadian kira-kira jam 1.15 pagi itu dipercayai bermula dari ruang tamu di tingkat 1.

Bomba bagaimanapun masih menyiasat punca kejadian.

Menurut laporan media tempatan, pusat jagaan itu lulus piawaian yang ditetapkan susulan pemeriksaan berkala yang kali terakhir dilakukan pada 28 Disember 2018.