awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran hospital Korea Selatan: 41 maut, 70 cedera

Astro Awani
Astro Awani
26/01/2018
02:54 MYT
Kebakaran hospital Korea Selatan: 41 maut, 70 cedera
Kebakaran dipercayai berpunca dari wad kecemasan di tingkat satu Hospital Sejong berkenaan yang berlaku pada pagi Jumaat, 26 Jan, 2018. (Foto AP)
Sekurang-kurangnya 41 maut manakala lebih 70 yang lain cedera dalam satu kebakaran melibatkan Hospital Sejong di Miryang, Korea Selatan, pada Jumaat.
Kejadian yang berlaku jam 7.30 pagi waktu tempatan itu dipercayai berpunca dari wad kecemasan di tingkat satu bangunan yang ketika itu menempatkan kira-kira 100 orang pesakit.
Api yang merebak dengan cepat itu berjaya dipadamkan dalam masa 1 jam 40 minit.
Punca kebakaran masih belum dikenalpasti.
Miryang terletak kira-kira 270km tenggara Seoul, ibu kota Korea Selatan.
Miryang terletak kira-kira 270km tenggara Seoul, ibu kota Korea Selatan.
Ketua balai bomba Miryang, Choi Man-woo berkata, pihaknya berjaya membawa keluar kira-kira 200 orang dari bangunan yang terbakar dan sebuah rumah penjagaan yang terletak di belakang hospital itu.
Kebanyakan daripada yang maut berada di tingkat satu dan dua hospital, tambahnya.
Presiden Moon Jae-In dilaporkan telah memanggil satu mesyuarat tergempar berhubung insiden itu bagi membincangkan langkah yang perlu diambil susulan kebakaran itu.
Topic Berkaitan
#API
#cedera
#Hospital
#kebakaran
#Korea Selatan
#maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan