awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
JKDM Pulau Pinang serbu stor ladang sawit proses minuman keras
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran hutan Australia: Pelajar Malaysia panik langit bertukar jingga di Canberra

Isabelle Leong
Isabelle Leong
06/01/2020
12:07 MYT
Kebakaran hutan Australia: Pelajar Malaysia panik langit bertukar jingga di Canberra
Kebakaran hutan terburuk itu memusnahkan sehingga kira-kira 5 juta hektar kawasan tanah dan mengorbankan kira-kira 24 orang. - AP
"APABILA langit bertukar jingga, keadaanya agak pelik. Saya berasa takut kerana ia tidak pernah berlaku di Canberra."
Itulah perkongsian daripada pelajar Malaysia yang menetap di Canberra, Australia, Aiman Nasrullah Mohamad Arifin yang menjelaskan detik cemas yang dialaminya susulan kebakaran hutan di benua tersebut.
Aiman, 23, berkata dia sedar akan fenomena tersebut selepas bangun tidur pada pagi semalam.
“Kebiasaannya apabila bangun pagi, langit cerah. Tetapi semalam, langit itu berwarna kuning pada jam 9 pagi dan kelihatan seperti sudah petang.
BACA: Kebakaran hutan Australia: Langit bertukar merah darah di Mallacoota
BACA: Kebakaran hutan Australia: Penduduk bandar Eden diarah berpindah
“Ia agak pelik dan saya berasa takut kerana kejadian sebegitu tidak pernah berlaku di Canberra.
“Pada waktu petang, langit bertukar warna kepada jingga kemerahan.” kata Aiman ketika dihubungi Astro AWANI pada Isnin.
Jelasnya, hujan yang turun memulihkan keadaan jerebu yang melanda susulan kebakaran hutan yang berlaku.
Bagaimanapun, Aiman dan rakan-rakannya nyata terjejas akibat kualiti udara yang merosot.
“Terdapat satu kebakaran hutan di kawasan barat daya Canberra di Taman Negara Namadgi yang terletak di sempadan New South Wales dan Canberra.
“Setakat hari ini, berita tempatan melaporkan pihak bomba masih lagi cuba untuk memadamkan kebakaran.
“Keadaan jerebu menyebabkan saya dan rakan-rakan batuk. Walaupun memakai topeng muka, asapnya terlalu tebal. Kami kurang meluangkan masa di luar rumah beberapa hari ini,” tambahnya.
Katanya lagi, Aiman yang juga merupakan pelajar tahun ketiga jurusan Kejuruteraan dalam Sistem Elektronik dan Komunikasi di Australian National University berkata universitinya telah membatalkan kelas buat sementara waktu.
Justeru, Aiman akui mempunyai perancangan untuk pulang ke tanah air buat seketika sehingga keadaan pulih.
Topic Berkaitan
#Australia
#Australian National University
#Canberra
#jerebu
#jingga
#kebakaran hutan
#langit
#New South Wales
#Taman Negara Namadgi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan