awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga lebih 20,000 barangan makanan, minuman di Jepun meningkat pada 2025
[TERKINI] Najib didapati bersalah empat kes rasuah dana 1MDB
[TERKINI] Kes 1MDB: Najib didapati bersalah pertuduhan salah guna kedudukan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran hutan memburuk, penduduk Kangaroo Island diarah berpindah

Agensi
Agensi
09/01/2020
11:50 MYT
Kebakaran hutan memburuk, penduduk Kangaroo Island diarah berpindah
Bandar Parndana merupakan bandar kedua yang diarahkan berpindah susulan kebakaran hutan yang dilaporkan semakin memburuk. Foto: Reuters
PENDUDUK di bandar Kangaroo Island, Australia diarahkan berpindah pada Khamis bagi membolehkan anggota bomba melakukan kerja-kerja memadamkan kebakaran hutan.
Bandar Parndana merupakan bandar kedua yang diarahkan berpindah susulan kebakaran hutan yang dilaporkan semakin memburuk.
Segala aktiviti kebakaran kini diharamkan di daerah tersebut susulan suhu meningkat yang sekali gus meningkatkan kemungkinan penularan kebakaran hutan.
Sebagai langkah berjaga-jaga pihak berkuasa turut menggesa penduduk sekitar Vivonne Bay untuk berpindah kerana khuatir tidak dapat menyelamat kediaman mereka.
View this post on Instagram
This is what remains of the once pristine environment of #KangarooIsland - now a barren burned land after the weekend’s fires Considered a ‘Noah’s Ark’ and a refuge for animals, ecologists have grave fears for the future of many species, including koalas, kangaroos and rare birds. For some the island is their only known habitat. The island’s population of endangered glossy black-cockatoos – a unique subspecies – has been the subject of two decades of community conservation work Prof Corey Bradshaw, an ecologist at @FlindersUniversity, said they had grave concerns for the dunnarts and the cockatoos. “How this is going to impact the long-term efforts is unknown,” he said, but added: “We have been predicting this for so long. It is extreme events – whether it’s drought, flood, cyclones or fires – that drives things to extinction.” . Photos: David Mariuz/AAP . . #kangarooisland #kangarooislandfires #bushfire #australia #fire #bushfires #safires #southaustralia #kangaroos #koala #AustraliaonFire #climatechange #firefighter #sabushfires #AustraliaBurns #nature #fires #ClimateActionNow #ClimateEmergency #climateemergency #ausfires #australiafires #AustralianBushfires #australiabushfires #australianfires #australiaburning #AustraliaOnFire #prayforaustralia
A post shared by Guardian Australia (@guardianaustralia) on
Jan 7, 2020 at 5:49pm PST
Setakat ini, kebakaran hutan yang melanda di tenggara Australia menyebabkan 26 maut sejak September lalu dan lebih dua ribu kediaman turut musnah.
BACA: Kebakaran hutan Australia: Langit bertukar merah darah di Mallacoota
Susulan kebakaran hutan yang tidak reda, Perdana Menteri Scott Morrison dikritik kerana didakwa mengurangkan tenaga kerja untuk menangani kebakaran hutan yang melanda.
Sementara itu, amaran kecemasan masih dikekalkan di kawasan kebakaran hutan yang mengancam nyawa seperti di Baldivis, kira-kira 40 kilometer dari selatan Perth di Australia Barat..
Kira-kira 150 anggota bomba dikerahkan bagi memadam kebakaran yang berlaku pada Khamis.
Malah anggota bomba turut menggunakan kaedah bom air di beberapa kawasan.
BACA: Kebakaran hutan Australia: Penduduk bandar Eden diarah berpindah
Kebakaran terbaharu itu menyebabkan lebih 300 hektar terbakar ditambah dengan keadaan angin kencang.
Api turut marak di beberapa kawasan di daerah New South Wales, Victoria dan Tasmania.
Kebakaran hutan yang melanda Australia disifatkan sebagai peringatan buat negara-negara lain akibat daripada pemanasan global.
Topic Berkaitan
#Australia
#Kangaroon Island
#kebakaran hutan
#New South Wales
#Parndana
#pindah
#Tasmania
#Victoria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan