RIBUAN penduduk tempatan di kawasan pergunungan timur Los Angeles terpaksa dipindahkan susulan kebakaran hutan yang semakin memburuk.

Malah, pasukan kecemasan turut berdepan kesukaran apabila terpaksa memadam kebakaran dalam cuaca ekstrem.

Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, kebakaran yang melanda di Riverside County merebak sehingga kira-kira 80 kilometer pesegi.

Kebakaran yang bermula dari dua kebakaran berbeza dan berdekatan dilaporkan pada petang Jumaat di Cherry Valley.

Api kemudian mula merebak luas dan memusnahkan kediaman berdekatan.

BACA: Ribuan penduduk dipindahkan di Selatan California akibat kebakaran hutan 'Apple Fire'

Kerja-kerja memadam kebakaran turut menggunakan kaedah udara selain kekuatan ratusan anggota bomba yang dikerah di tempat kejadian.

Punca kebakaran bagaimanapun masih dalam siasatan.