Berita  | Dunia

Kegembiraan peserta Liga Dangdut berubah sekelip mata apabila mendengar khabar...

Kegembiraan peserta Liga Dangdut berubah sekelip mata apabila mendengar khabar...
Jannah tidak menyangka kejayaan layak ke pusingan seterusnya bagi sebuah pertandingan nyanyian disambut dengan berita pemergian ibunya. - Foto Agensi
JAKARTA: Seorang remaja perempuan di Indonesia tidak menyangka kejayaan layak ke pusingan seterusnya bagi sebuah pertandingan nyanyian disambut dengan berita pemergian ibunya.

Jannah, 14, menyertai sebuah rancangan realiti nyanyian tempatan, Liga Dangdut untuk merebut hadiah wang tunai $50,000 (RM133, 698) untuk membiayai rawatan diabetis ibunya, lapor news.com.au.

Memetik laporan news.com.au, Jannah menghubungi ibunya untuk berkongsi kegembiraan dalam rancangan yang disiarkan secara langsung di televisyen, namun panggilan itu disambut oleh bapa saudaraya.

Perkhabaran sedih itu membuatkan Jannah gagal menahan air matanya di hadapan juri dan penonton.
Difahamkan, punca kematian ibunya adalah disyaki akibat serangan jantung.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alfatihah jannah sayang mama



Tag: Instagram, video, Indonesia, meninggal dunia, Liga Dangdut



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.