awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KDN gerakkan semua agensi berkaitan banteras pemalsuan MyKad
Iran tegaskan suasana kembali aman, tolak naratif palsu berita luar
KPKT umum RM3 juta bina enam Taman MADANI di Pulau Pinang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejam! Gadis 16 tahun dikurung, dibotakkan sebelum dirogol

Agensi
Agensi
05/01/2018
12:27 MYT
Kejam! Gadis 16 tahun dikurung, dibotakkan sebelum dirogol
Pihak polis Amerika Syarikat telah menahan empat suspek atas pertuduhan merogol dan menyerang seorang remaja berusia 16 tahun.
EMPAT individu telah dituduh merogol dan menyerang seorang gadis remaja berusia 16 tahun dengan kejam di Massachusetts, Amerika Syarikat.
Polis berkata, mangsa telah dikurung dalam sebuah bilik bawah tanah, sementara rambutnya dicukur dan tubuhnya dicucuh dengan puntung rokok dan dicederakan dengan parang.
Menurut polis, mereka yang tertuduh merupakan pasangan adik beradik Krystal Lugo, 23 tahun dan adiknya Christopher Lugo, 19 tahun.
Turut terlibat adalah teman lelaki Krystal iaitu Yariel Torrest-Abee, 22 tahun, dan Yuleny Ortiz, 19 tahun.
Mereka didakwa atas pelbagai kesalahan termasuk menculik dan menyerang.
Memetik laporan Daily Mail, gadis berkenaan menjadi sasaran selepas dia mendapat tahu siapa yang bertanggungjawab ke atas pencerobohan di sebuah rumah.
Suspek berkenaan tidak membenarkan remaja tersebut untuk meninggalkan rumah berkenaajn dan mengikatnya ke kerusi untuk 'disoal siasat'.
Dua daripada suspek turut menyerang remaja berkenaan secara seksual.
Menurut polis lagi, mangsa telah diculik sejak Krismas dan berjaya ditemui polis di ruang bawah tanah itu pada 27 Disember lalu.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Hari Krismas
#rogol
#serang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan