awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar doa kesejahteraan Sultan Hassanal jalani rawatan kesihatan
Ketua PBB beri amaran rujuk Israel ke ICJ jika undang-undang sasar UNRWA tidak dimansuhkan
Stuart Wilkin tinggalkan Sabah, kembali ke pangkuan JDT
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keji! Ibu izin suami baharu rogol anak kandung

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
09/09/2019
04:57 MYT
Keji! Ibu izin suami baharu rogol anak kandung
Suspek mengaku menodai anak tiri dengan izin isterinya. -Gambar hiasan
Jijik! Bapa durjana!
Itu yang dapat digambarkan terhadap perbuatan seorang lelaki apabila sanggup menjadikan anak tirinya sebagai tempat melampiaskan nafsu dalam kejadian di Kecamatan Alam Barajo, Kota Jambi, Indonesia.
Lebih memilukan, perbuatan terkutuk lelaki durjana itu turut diizinkan ibu kandung mangsa yang merupakan isteri kepada suspek.
Menurut laporan TribunJambi, suspek yang dikenali sebagai JP, 54, memperkosa anak tirinya Jenifer (bukan nama sebenar) selama dua tahun, iaitu sejak mangsa berusia 16 tahun.
Malah, suspek turut dilaporkan melakukan hubungan seks bertiga (threesome) bersama isteri dan mangsa.
Menurut Pegawai Siasatan Jenayah Bahagian Perlindungan Wanita dan Anak (PPA) Jambi, Kompol Yuyan Priatmaja, suspek telah ditahan dan mengaku melakukan perbuatan tersebut terhadap anak tirinya.
“Suspek mengaku pernah melakukan hubungan seks bertiga.
“Latar belakang keluarga berkenaan memang tidak pernah bersekolah. Kami sedang melakukan pemeriksaan dan ibu mangsa juga akan dipanggil (bagi memberikan keterangan).
"Jika benar (dia terlibat), ibu mangsa juga akan dikenakan hukuman,” katanya.
Kata Kompol Yuyan, berdasarkan keterangan suspek, dia mengaku memperkosa mangsa setiap hari di rumahnya.
Malah, dia turut berjanji akan menikahi anak tirinya itu dan sudah meminta izin isterinya untuk memperisterikan mangsa.
Jelas Kompol Yuyan lagi, suspek turut menawarkan mangsa wang tunai sebanyak 300,000 rupiah (kira-kira RM90) bagi melakukan perbuatan tersebut.
Namun, ia ditolak oleh anak tirinya.
“Pada mulanya mangsa tidak mahu (melakukan hubungan seks) walaupun diberikan wang. Tetapi suspek memujuk mangsa dan berjanji akan merawat pak ciknya yang sedang sakit,” katanya.
Kali terakhir mangsa dirogol adalah pada 5 September lalu.
Lebih mengejutkan, suspek juga melampiaskan nafsu serakahnya terhadap mak cik mangsa yang dikenali sebagai RR.
Dia berjanji kononnya akan merawat suami mangsa yang sedang sakit.
Kes kini sedang disiasat.
Topic Berkaitan
#Bapa durjana
#Bapa tiri rogol anak tiri
#Indonesia
#rogol
#rogol anak tiri
#seks
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan