awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Kes 1MDB: Najib akan fail rayuan pada Isnin - Shafee
NFDP-AMD: Ong Kim Swee tahu selok-belok bola sepak negara -- Razman Roslan
'Apa yang saya risau FAM bergantung kepada laporan polis tapi tidak lakukan pembetulan dalam tadbir urus'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kek yang dibawa masuk ke McDonald's Singapura juga perlu diiktiraf halal

Agensi
Agensi
07/01/2017
02:16 MYT
Kek yang dibawa masuk ke McDonald's Singapura juga perlu diiktiraf halal
McDonald's selama ini tidak membenarkan makanan luar dibawa masuk ke dalam premis mereka oleh pelanggan, kecuali kek hari lahir, dan kini ia perlu halal. - Gambar fail
Rangkaian restoran makanan segera McDonald's di Singapura juga mengikuti langkah McDonald's Malaysia yang menetapkan peraturan bahawa semua kek hari lahir yang dibawa masuk oleh pelanggannya ke premis itu perlu memiliki pengiktirafan halal.
Portal berita Channel News Asia melaporkan, Pengarah Hubungan Kerajaan dan Komunikasi McDonald's Singapura, Faz Hussen, berkata peraturan itu telah dilaksanakan sejak tahun 1992, ketika semua restoran McDonald's di republik itu menerima pensijilan halal daripada Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).
"Sebagai restoran halal, kami perlu patuh pada peraturan MUIS bagi memastikan makanan yang kami hidang berstatus halal dan sesuai dimakan oleh orang Islam.
"Ini termasuk peraturan dalam penyediaan makanan, kaedah menyimpan bahan, dan memastikan makanan yang dihidang tidak bercampur dengan makanan tidak halal," ujarnya.
Tambahnya, peraturan itu dihebahkan kepada pelanggan mereka melalui laman web, dan menjadi topik pertanyaan utama di segmen maklumatnya.
Notis makluman restoran makanan segera itu juga memberitahu, ia menyediakan kek-kek untuk sambutan hari lahir dalam pakej sambutan hari lahir bagi memudahkan pelanggan mereka.
McDonald's selama ini tidak membenarkan makanan luar dibawa masuk ke dalam premis mereka oleh pelanggan, kecuali kek hari lahir.
Topic Berkaitan
#Halal
#kek hari lahir
#mcdonald's singapura
#MUIS
#peraturan baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan