Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Dunia

Kelangsungan perniagaan pasca COVID-19, ini enam saranan

Kelangsungan perniagaan pasca COVID-19, ini enam saranan
Rantaian bekalan yang baik memerlukan gabungan stok tempatan dan pelbagai sumber. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR : Pelaksanaan lockdown susulan COVID-19 dilihat memberi kesan langsung kepada perdagangan, sekali gus melumpuhkan persekitaran ekonomi di seluruh dunia.

World Economic Forum melaporkan, jumlah perdagangan pada suku tahun pertama menyusut kira-kira tiga peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.

Lebih buruk lagi apabila jumlah perdagangan pada suku tahun kedua tahun ini diramalkan terus menyusut kepada 18.5 peratus. Ia adalah ekoran kekangan ke atas dagangan rentas dan fizikal.

Pun begitu, daripada pengalaman itu kerajaan dan pemain industri perlu belajar menangani krisis dan cabaran dengan segera untuk memacu kembali ekonomi dunia.
Berikut enam saranan World Economic Forum untuk merancakkan semula sektor ekonomi pasca COVID-19: 

1. Keperluan yang sebenar
Rantaian bekalan yang baik memerlukan gabungan stok tempatan dan pelbagai sumber.


2. Subsisi dan dasar perindustrian

Penambahan peruntukan subsidi kerajaan tentunya membantu merangsangkan ekonomi dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan. Namun, intervensi ini perlu dirancang dengan baik bagi memastikan keberkesanan dan terus bersaing, selain mengelakkan pembaziran.


3. Melibatkan semua pihak

Melihat pada isu-isu perlindungan sosial dan cukai yang melibatkan pemegang taruh. Selain itu, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan golongan tidak berkemampuan juga perlu diberi bantuan khas bagi membantu mereka mendapatkan faedah daripada pasaran global. 


4. Mewujudkan gagasan ekonomi hijau

Memfokuskan kepada pembangunan mapan dan mengembangkan konsep ekonomi hijau.


5. Kesederhanaan

Penyediaan infrastruktur pendigitalan yang mudah dan diselarikan dengan pencarian yang tidak kompleks.


6. Regulasi perkhidmatan

Meningkatkan meningkatkan kadar kepercayaan masyarakat terhadap ekonomi berasaskan digital termasuk pengurusan data serta dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan pengguna.