awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemasukan Mohamed Salah ke Liverpool mengurangkan kadar Islamofobia

Agensi
Agensi
06/06/2019
10:40 MYT
Kemasukan Mohamed Salah ke Liverpool mengurangkan kadar Islamofobia
Mesej anti Islam dalam kalangan peminat Liverpool turut menurun pada kadar 53 peratus.
PEMAIN ternama Liverpool, Mohamed Salah telah memberikan kesan besar dalam mengurangkan ketakutan kepada Islam (Islamofobia) di Liverpool.
Menurut kajian yang dibuat Makmal Dasar Imigresen Stanford University bertajuk 'Mampukah pendedahan kepada selebriti mengurangkan prejudis? Kesan Mohamed Salah mengenai kelakuan dan sikap Islamofobia' mendapati jenayah kebencian di kawasan Merseyside menurun sejak Salah menyertai Liverpool pada musim panas tahun 2017.
Malah, dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, jenayah kebencian diramal berkurang sehingga 18.9 peratus.
"Ciapan di Twitter yang membawa mesej anti Islam dalam kalangan peminat Liverpool turut menurun pada kadar 53 peratus.
"Secara keseluruhannya, keputusan ini menyokong hipotesis bahawa ketibaan Salah di Liverpool FC telah menyebabkan penurunan perbuatan taksub atau ekstrim yang melampau," jelas kajian berkenaan.
Tidak kurang daripada itu, kaji selidik yang dibuat turut menunjukkan keputusan ini didorong oleh peningkatan kefahaman dan hubungan akrab dengan Islam.
Penyelidik menganalisis lebih 15 juta tweet daripada peminat bola sepak di United Kingdom dan 8,600 peminat Liverpool sebelum dan selepas kemasukan Salah ke Liverpool FC.
Topic Berkaitan
#Islamofobia
#Liverpool
#Mohamad Salah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan