awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai tertinggi ATM hadir sekali lagi ke SPRM beri keterangan behubung kes rasuah
xAI rancang bangunkan AI kuasai robot seperti Tesla Optimus
Tiada kompromi kes buli di sekolah, KPM perkenal Polisi Perlindungan Kanak-Kanak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kematian akibat COVID-19 di AS sudah melebihi angka korban Taufan Katrina

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
28/03/2020
17:12 MYT
Kematian akibat COVID-19 di AS sudah melebihi angka korban Taufan Katrina
Di bandar besar New York sahaja, seramai 52,318 orang dilaporkan sudah dijangkiti wabak yang dilabel sebagai pandemik berkenaan. - Reuters
Angka kematian akibat wabak COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) kini sudah mencecah sehingga 1,842 pada Sabtu, jam 1 petang waktu tempatan.
Ini sekali gus menjadi ujian besar bagi negara itu selepas jumlah tersebut ternyata melebihi kematian akibat Taufan Katrina, iaitu antara bencana alam yang paling diingati dalam sejarah negara itu.
Taufan Katrina yang melanda New Orleans di Louisiana pada 29 Ogos 2005 adalah taufan paling dahsyat di AS menyebabkan sekitar 1,830 orang terkorban manakala ribuan bangunan musnah.
Di Amerika Syarikat, sekurang-kurangnya 111,115 kes positif COVID-19 disahkan, lapor portal berita CNN.
Kesemua jumlah kes itu termasuk daripada 50 negeri, daerah Columbia dan beberapa lagi wilayah AS yang lain.
Di bandar besar New York sahaja, seramai 52,318 orang dilaporkan sudah dijangkiti pandemik berkenaan.
Ia sekali gus memberi kebimbangan kepada Presiden Donald Trump yang kini membuat pertimbangan bagi mengenakan 'kuarantin jangka pendek, dua minggu' bagi bandar New York, New Jersey dan beberapa bahagian di Connecticut.
BACA: AS hasilkan, beli 100,000 ventilator - Trump
BACA: US COVID-19 outbreak crosses 100,000 threshold
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#koronavirus
#kuarantin
#New York
#Taufan Katrina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan