awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Delegasi Hamas tiba di Mesir, bincang pelanjutan gencatan senjata
Rusia tahan doktor kanan selepas sembilan bayi maut di hospital Siberia
KOPEMA terima anugerah penghargaan, iktiraf peranan pembangunan ekonomi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kembar siam bercantum di tengkorak berjaya dipisahkan

Agensi
Agensi
09/07/2020
13:34 MYT
Kembar siam bercantum di tengkorak berjaya dipisahkan
Kembar perempuan berkenaan, Ervina dan Prefina Bangalo dilahirkan pada 29 Jun 2018 di Mbaiki, Afrika. - Foto AP
Sekumpulan pakar bedah di Itali mencipta sejarah apabila berjaya memisahkan sepasang bayi kembar siam yang bercantum di bahagian belakang tengkorak mereka.
Kembar perempuan berkenaan, Ervina dan Prefina Bangalo dilahirkan pada 29 Jun 2018 di Mbaiki, Afrika.
Mereka bercantum di bahagian belakang tengkorak dan berkongsi saluran darah yang menghubungkan otak.
Pembedahan berkenaan sekali gus disifatkan antara yang paling sukar dan jarang dilakukan.
Kes kembar siam seumpama ini dilaporkan berlaku sekali dalam setiap dua juta kelahiran.
Pembedahan itu memakan masa lebih 18 jam yang dilakukan pada 5 Jun lalu, yang turut melibatkan 30 doktor serta jururawat.
Keadaan kedua-dua bayi itu juga bertambah baik sebulan selepas pembedahan ketiga mereka itu.
Ketua Bedah Saraf Pediatrik Hospital Pediatrik Bambino Gesu, Dr Carlo Marras berkata, misi pembedahan itu adalah untuk memastikan kedua-duanya dapat dipisahkan dan dilakukan dengan sempurna.
Dr Maras adalah orang yang bertanggungjawab memastikan pembedahan itu berjaya selepas melakukan perancangan memisahkan bayi kembar berkenaan sejak dua tahun lalu.
Setakat ini, kedua-duanya dilaporkan tidak mengalami kesakitan saraf.
Topic Berkaitan
#Afrika
#bayi
#Ervina Bangalo
#Itali
#kembar siam
#Mbaiki
#Prefina Bangalo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan