Ahli lembaga pengarah Lam Airlines dipecat selepas Perdana Menteri Mozambique dan penumpang lain terkandas kerana pesawat kehabisan minyak.
Insiden itu menyebabkan Carlos Agostinho do Rosario terpaksa menggunakan pesawat tentera udara untuk lawatan rasmi beliau dari Maputo ke wilayah utara Niassa.
Difahamkan, syarikat penerbangan milik negara itu sedang berdepan masalah kewangan.
Media tempatan melaporkan 'kekecohan' itu sudah berlaku selama tiga hari.
"Pembekal bahan api telah meminta bayaran sebelum penghantaran dibuat," jelas laporan itu lagi.
Lam Airlines menyifatkan insiden itu sebagai amat memalukan, namun ia memaklumkan sedang berusaha untuk memastikan operasi diteruskan selepas campur tangan kerajaan.
Ia turut memohon maaf kepada penumpang dan meminta mereka menghubungi syarikat terbabit untuk mendapatkan maklumat tentang penerbangan mereka.
Sinar Harian
Sat Jul 07 2018
Carlos Agostinho do Rosario terpaksa menggunakan pesawat tentera udara untuk lawatan rasmi beliau. - Foto Sinar Harian
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Kena pecat kerana PM terkandas
Ahli lembaga pengarah Lam Airlines dipecat selepas Perdana Menteri Mozambique terkandas akibat pesawat kehabisan minyak.