awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerana minuman 'bubble tea', kereta ditampal puluhan tuala wanita

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
08/07/2019
11:34 MYT
Kerana minuman 'bubble tea', kereta ditampal puluhan tuala wanita
Kereta mewah itu dipercayai milik salah seorang pelanggan yang singgah ke kedai minuman boba atau 'bubble tea' di kawasan berkenaan. - Foto: China Press
PERNAHKAH anda tersekat di atas jalan raya hanya kerana terdapat kenderaan yang sesuka hati diletakkan pemandunya di merata-rata tempat?
Semestinya ia menjadi kebiasaan jika anda tingal di kawasan bandar, ini kerana memang kebanyakan masyarakat hari ini mempunyai tabiat mementingkan diri sendiri dengan meletakkan kenderaan di tempat yang tidak sepatutnya.
Di Hanoi, Vietnam, menurut laporan portal China Press, seorang pemandu kereta Maserati berwarna merah menerima 'padah' selepas dirinya meletakkan kereta yang bernilai hampir setengah juta itu di tempat yang menghalang lalu lintas.
Namun, apa yang lebih meningkatkan kemarahan penduduk di situ, kereta mewah itu dipercayai milik salah seorang pelanggan yang singgah di kedai minuman ‘boba’ atau 'bubble tea' di kawasan berkenaan.
Ekoran itu, seorang daripada pengguna jalan raya yang berasa berang di situ bertindak melekatkan puluhan tuala wanita dari ruangan bumper hinggalah ke permukaan cermin model Maserati Levante itu, sebagai pengajaran kepada pemandu tersebut.
Sebaik sahaja pemilik kereta itu kembali ke keretanya, dia berusaha keras untuk mencabut tuala wanita tersebut daripada kereta, tetapi gagal kerana gamnya sangat kuat.
Dengan perasaan malu, lelaki tersebut terus memandu pergi meningggalkan kawasan tersebut dengan keadaan keretanya yang masih dilitupi dengan puluhan tuala wanita tersebut.
Dipercayai, penduduk kawasan tersebut mengadu bahawa keadaan trafik telah memburuk akibat pembukaan kedai ‘boba’ yang wujud seperti cendawan tumbuh selepas hujan.
“Ramai orang memandu ke sini untuk mendapatkan minuman harian mereka, jadi mereka meletakkan kenderaan mereka di jalan-jalan berdekatan sehingga menyebabkan kesesakan yang teruk,” ujar salah seorang penduduk di situ.
Beberapa orang yang tidak bertanggungjawab juga ada yang memarkir kenderaan mereka di persimpangan jalan dan menghalang ramai pengguna jalan raya melalui jalan itu.
Topic Berkaitan
#Boba
#Hanoi
#Maserati
#tuala wanita
#Vietnam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan