Sekurang-kurangnya tiga terbunuh, manakala kira-kira 30 yang lain cedera selepas dua kereta api penumpang bertembung di Republik Czech.

Kedua-dua kereta api beroperasi di antara Czech dan Jerman.

Perlanggaran itu berlaku kira-kira jam 3 petang waktu tempatan di antara Stesen Nove Hamry dan Pernink berhampiran sempadan Jerman.

Pasukan bantuan Czech turut dibantu penyelamat dari Jerman di lokasi nahas.

Pihak berkuasa Czech sedang menyiasat punca nahas.