Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Dunia

Kereta api tergelincir langgar sisa runtuhan tanah

Kereta api tergelincir langgar sisa runtuhan tanah
Seorang maut manakala 127 yang lain cedera apabila sebuah kereta api penumpang tergelincir selepas terlanggar sisa tanah runtuh di tengah China. -AP
BEIJING: Seorang maut manakala 127 yang lain cedera apabila sebuah kereta api penumpang tergelincir selepas terlanggar sisa tanah runtuh di tengah China.

Kemalangan yang berlaku tengah hari Isnin di kawasan pedalaman wilayah Hunan itu dipercayai terjadi susulan hujan lebat di kawasan berkenaan sejak minggu lepas.

Kenyataan daripada China Railway Guangzhou Group berkata sebuah gerabak terbakar manakala lima yang lain tergelincir dari landasan.

Kereta api itu dalam perjalanan dari bandar Jinan ke Guangzhou di selatan China.