Polis Perancis mengesahkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun maut dalam insiden rempuhan di sebuah restoran di timur Paris pada Isnin.

12 lagi cedera dalam insiden berkenaan, termasuk adik mangsa yang berusia lapan tahun.

Menurut polis, suspek memandu kereta jenis BMW itu menyasarkan pengunjung di sebuah restoran pizza sebelum merempuh restoran tersebut.

Menteri Dalam Negeri Perancis mengesahkan kejadian berkenaan, namun menafikan insiden ada kaitan dengan serangan keganasan.