awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kereta tanpa pemandu untuk disewa di Beijing

Bernama
Bernama
27/03/2023
11:00 MYT
Kereta tanpa pemandu untuk disewa di Beijing
Perkhidmatan teksi tanpa pemandu China dijangka mencecah 1.3 trilion (AS$188.6 bilion) menjelang 2030, mencakupi 60 peratus daripada pasaran pengangkutan negara pada masa itu. - Gambar/ FB Baidu Inc
BEIJING: Teksi tanpa pemandu kini tersedia untuk disewa di pinggir bandar Beijing, menandakan lembaran baharu dalam industri pengangkutan pintar, Xinhua memetik laporan China Daily pada Isnin.
Beijing pada awal Mac mengeluarkan lesen kepada gergasi teknologi China Baidu dan syarikat kenderaan autonomi Pony.ai untuk menjalankan perkhidmatan robotaxi tanpa pemandu sepenuhnya.
Kedua-dua syarikat itu, antara pemain utama dalam industri pemanduan autonomi China, masing-masing telah menggunakan 10 kenderaan autonomi di kawasan seluas 60 kilometer persegi di Yizhuang, yang terletak di pinggir selatan Beijing, menurut laporan itu.
Baidu merancang untuk mengembangkan perkhidmatan pengangkutan kenderaan autonominya ke 65 bandar pada 2025 dan 100 lokasi pada 2030.
Perkhidmatan teksi tanpa pemandu China dijangka mencecah 1.3 trilion (AS$188.6 bilion) menjelang 2030, mencakupi 60 peratus daripada pasaran pengangkutan negara pada masa itu.
Robotaxi juga dijangka membuka jalan bagi pembangunan kenderaan autonomi persendirian, yang berpotensi menjadi teknologi revolusioner serta mampu mengubah kehidupan orang ramai, kata pengarah urusan di perundingan Automotive Foresight yang berpangkalan di Shanghai, Yale Zhang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kereta tanpa pemandu
#China
#untuk disewa
#Baidu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan