Bilangan kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat kepada 14,265 kes, dengan jumlah kematian kini sebanyak 991 orang.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yuriantoberkata sebanyak 18 lagi kematian berlaku dalam tempoh 24 jam.

"Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, tambahan kes positif baharu ialah sebanyak 233 kes, menjadikan kes positif kini meningkat kepada 14,265 kes," katanya.

Provinsi Jakarta masih mencatatkan kes kematian tertinggi iaitu 441 kes, diikuti Jawa Timur (149), Jawa Tengah (95) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

-- BERNAMA