Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Dunia

Kes jangkitan COVID-19 di Indonesia diramal capai kemuncak Ramadan ini

Kes jangkitan COVID-19 di Indonesia diramal capai kemuncak Ramadan ini
Wabak koronavirus dijangka mencapai kemuncaknya pada bulan Ramadan ini di Indonesia. -Gambar hiasan
JAKARTA: Wabak koronavirus dijangka mencapai kemuncaknya pada bulan Ramadan ini di Indonesia.

Badan Intelijen Negara (BIN) ketika meramalkan situasi itu berkata tempoh berkenaan dikira berdasarkan tarikh pertama jangkitan yang dikesan pada 2 Mac lalu, lapor portal Media Indonesia.

Mengikut kiraan BIN, tempoh kemuncak jangkitan itu adalah pada hari ke-60 hingga ke-80 yang jatuh pada bulan puasa dalam kalendar Islam.   

“Jika dikira, berdasarkan model ini, tempoh kemuncak itu mungkin jatuh pada Mei.
"Tepat pada bulan puasa,” kata Afini Boer, Timbalan ke-5 BIN.

Ramadan di Indonesia tahun ini dijangka disambut bermula pada 23 April.