awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perincian WCE Selatan dibentang ke peringkat Persekutuan pada April
Kesesakan lalu lintas di Paris cecah 1,000 km susulan gangguan salji
Pegawai kanan imigresen, isteri antara ditahan terima rasuah setiap bulan lindungi PATI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes kematian rakyat AS dijangka meningkat ke 224,000 menjelang November

Astro Awani
Astro Awani
16/07/2020
02:17 MYT
Kes kematian rakyat AS dijangka meningkat ke 224,000 menjelang November
Jangkaan kes kematian itu dibuat semula selepas menyaksikan jumlah kes COVID-19 meningkat di beberapa negeri. - Gambar fail
University of Washington menjangkakan jumlah kematian akibat COVID-19 penduduk di Amerika Syarikat akan mencecah 224,000 pada 1 November depan.
Angka terbaharu itu menyaksikan kenaikan 16,000 daripada jangkaan awal - selepas meneliti kenaikan jumlah kes dan mereka yang dirawat di hospital di seluruh negara.
Namun ramalan terbaharu dari Institut Metrik dan Penilaian Kesihatan (IHME) universiti berkenaan juga meramalkan jumlah kematian dapat dikurangkan sebanyak 40,000 sekiranya semua rakyat Amerika memakai pelitup muka.
Jelas IHME, walaupun penggunaan pelitup muka dalam kalangan rakyatnya semakin meningkat, namun ia tidak mencapai sasaran.
Jangkaan kes kematian itu dibuat semula selepas menyaksikan jumlah kes COVID-19 meningkat di beberapa negeri termasuk Alabama, Florida, dan North Carolina pada Selasa.
Ketika ini, sekurang kurangnya 136,000 rakyat Amerika maut disebabkan COVID-19.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#AS
#COVID-19
#Hospital
#kematian
#kesihatan
#koronavirus
#maut
#rakyat
#Washington
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan